About




PENGENALAN

Koperasi Bela Warga Melayu Berhad (K-4-0477) ditubuhkan pada 13hb Mac 2009 bermatlamatkan menyempurnakan kehendak anggota melalui prinsip koperasi elemen gerakan pembangunan warga berakal, bijak membangun insan sesama insan, memikul tanggungjawab pelaksanaan amanah ke arah fungsi utama mengisi segala keperluan konvensional dipelbagai bidang dan dimensi dengan memperluaskan latihan berdikari dengan mengubah status quo menjadi agen pemangkin transformasi kepada gerakan koperasi menyahut cabaran mengambil inisiatif menyusun program melalui 6 strategi dinamik;

1.     Kesiapsiagaan Profesionalisme Pengetahuan.
2.     Berdaya Maju, Berdaya Saing dan Mampu Bertahan.
3.     Jimat, Untung, Hasil Berpanjangan.
4.     Koperasi Hub Industri Kluster Produk BioHerb.
5.     Warga Pertanian, Perdagangan dan Perindustrian.
6.     Gaya Hidup Sihat Alam Sejahtera.

Bekerjasama membangunkan ekonomi melalui perkembangan teknologi terkini sangat penting kerana meluakan pengaruh ke arah perubahan besar Falsafah, Konsep dan Iklim Dasar Luaran Dunia Universal, yang menjadi sebab pengurusan koperasi tercabar untuk mengekalkan identiti Warga bermaruah yang mampu Memelihara Agama, Diri, Keturunan, Harta Benda dan Tanah Air agar semua generasi hidup berbahagia.




Wasiat Ulama’ Alam Melayu :

“Banyak Barang Tiruan Dalam Pasaran
Barang Asli Dalam Rumah Ahli
Dapat Beza Dalam Majlis Tandingan
Datang Benar Hancur Binasa Yang Bathil
Benar Tetap Benar
Bathil Tetap Bathil
Datanglah Kepada Kami Jika Mahu Barang Asli”




Sekian, terima kasih.